Ancaman bom di Hospital KPJ Seremban palsu - Utusan Malaysia

Ancaman bom di Hospital KPJ Seremban palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Nov. – Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan panggilan berhubung ancaman bom di Hospital KPJ Seremban, di sini petang tadi adalah palsu.

“Pihak polis tidak menemukan bom atau sebarang objek seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, seramai 286 pesakit dan kakitangan di hospital diarah mengosongkan bangunan tersebut berikutan satu panggilan ancaman bom.

Bagaimanapun, lima pesakit di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu tidak dibawa keluar dan dijaga enam jururawat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan polis memaklumkan bahawa terdapat ancaman bom di hospital itu kira-kira pukul 5.07 petang.

Beliau berkata, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2 dengan 20 anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.25 petang.

“Pihak polis telah memeriksa seluruh bangunan dan memaklumkan panggilan bom tersebut palsu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN