SHAH ALAM 16 Nov. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini. Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan bagaimanapun perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan tidak diubah dengan menandatangani ICERD. Menurutnya, Perlembagaan ada sebut tentang kesamarataan tetapi ada keistimewaan terhadap Melayu dan bumiputera tetapi hak kaum lain turut dijaga. “Jika kita boleh lindungi Perlembagaan, kenapa tidak…










