2 wanita Islam hampir pasti menang kerusi Kongres - Utusan Malaysia

2 wanita Islam hampir pasti menang kerusi Kongres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO, Illinois – Pengundi-pengundi Amerika Syarikat (AS) bersedia memilih dua wanita Islam untuk menduduki kerusi Kong­res dalam pilihan raya separuh penggal pada minggu hadapan sekali gus membuka lembaran sejarah baharu ketika retorik anti-Islam dan antiimigran semakin meningkat di AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ilhan Omar yang me­rupakan seorang pela­rian Somalia, hampir pasti dipilih menduduki Dewan Perwakilan. Beliau merupakan calon Parti Demokrat di sebuah daerah yang menjadi kubu kuat parti berkenaan di negeri Minnesota.

Calon kedua, Rashida Tlaib pula diramal menang tanpa bertanding selepas tidak menerima tenta­ngan di daerah yang diwakilinya. Beliau yang merupakan pekerja kemasyarakatan, ialah anak imigran Palestin dan dilahirkan di negeri Detroit.

Kedua-duanya akan menjadi wanita Islam pertama berkhidmat di Kongres. Kehadiran mereka akan mening­katkan bilangan ahli Kongres Islam kepada tiga orang di AS.

Ahli Kongres beragama Islam dan berdarah Afrika-AS, Andre Carson, dijangka dipilih semula apabila bertan­ding di daerah yang dikuasai Parti Demokrat di negeri Indiana.

Pencapaian itu berlaku di sebalik sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di seluruh AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini