15 penagih dadah dicekup lepas gian di dua kampung  - Utusan Malaysia

15 penagih dadah dicekup lepas gian di dua kampung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seramai 15 penagih dadah berjaya ditahan menerusi Ops Perdana yang dilakukan di Kampung Danan dan Kampung Gong Datuk, di sini semalam.

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah, Azlina Mohd. Zain berkata, operasi bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 pagi itu dilakukan bagi mengesan penagih selepas pihaknya menerima aduan awam. 

Menurutnya, seramai 26  orang menjalani saringan ujian air kencing dan 15 daripadanya positif dadah. 

“Suspek berusia 21 hingga 49 tahun dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut bagi membolehkan tahanan reman dan  pendakwaan dilakukan. 

“AADK daerah turut merampas satu paket lutsinar besar dan enam paket lutsinar kecil yang mengandungi  kristal disyaki syabu serta sebotol kecil yang mengandungi serbuk putih yang disyaki dadah heroin,” katanya pada sidang akhbar di pejabat AADK Pasir Puteh di sini hari ini.

Azlina berkata, suspek terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983,  Seksyen 4(1)(b) APD dan Seksyen 6(2)(a-f) akta yang sama. 

PENAGIH dadah di Kampung Gong Datuk ditahan selepas positif dadah dalam Ops Perdana di Pasir Puteh,PENAGIH dadah di Kampung Gong Datuk ditahan selepas positif dadah dalam Ops Perdana di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

 

Manakala dua suspek diserahkan kepada pihak polis bersama barang kes yang ditemui bagi siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berlaku beberapa pergelutan dan adegan suspek melarikan diri kerana kebanyakan penagih bertindak cuba meloloskan diri dari ditangkap,” katanya. – K! ONLINE 

Pemeriksaan di jalanan turut menemukan penagih dadah di Kampung Danan, Pasir Puteh, Kelantan, semalaPemeriksaan di jalanan turut menemukan penagih dadah di Kampung Danan, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN