15 penagih dadah dicekup di dua kampung - Utusan Malaysia

15 penagih dadah dicekup di dua kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 17 Nov. – Seramai 15 penagih dadah berjaya ditangkap menerusi Ops Perdana yang dijalankan di Kampung Danan dan Kampung Gong Datuk, di sini semalam dan awal pagi ini.

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah, Azlina Mohd. Zain berkata, operasi menjejaki penagih bermula dari pukul 8 pagi semalam hingga 4 pagi ini selepas pihaknya menerima aduan awam.

Menurutnya, sepanjang operasi, seramai 26  orang menjalani saringan ujian air kencing dan 15 daripadanya didapati positif dadah.
 
“Suspek berusia 21 hingga 49 tahun dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut bagi membolehkan tahanan reman dan  pendakwaan dilakukan.

“AADK daerah turut merampas satu peket lutsinar mengabdungi bahan berbentuk kristal disyaki syabu, enam peket lutsinar kecil disyaki syabu dan sebotol kecil yang mengandungi serbuk putih disyaki heroin, ” katanya dalam sidang akhbar di pejabat AADK Pasir Puteh, di sini hari ini.

Azlina berkata, suspek terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983,  Seksyen 4(1)(b) APD dan Seksyen 6(2)(a-f) akta yang sama.

Sementara itu katanya, dua suspek diserahkan kepada pihak polis bersama barang kes yang ditemui bagi siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berlaku beberapa pergelutan dan kita terpaksa mengejar mereka kerana kebanyakan penagih berusaha meloloskan diri daripada ditangkap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN