PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi keterangan lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Ini merupakan keterangan kali ketiga bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada SPRM. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba di kompleks SPRM pada pukul 9.20 pagi sebelum beredar pada pukul 5.40 petang. Terdahulu anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah turut hadir…










