Wana harungi onak sebelum berjaya - Utusan Malaysia

Wana harungi onak sebelum berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 28 Okt. – Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan di bangunan Mara berhampiran stesen teksi Teluk Intan pada tahun 1990-an, Salwana Ali, 53, kini boleh berbangga kerana perniagaan makanan yang diusahakannya semakin maju.

Restoran Wana miliknya merupakan antara perniagaan yang berjaya di sini setelah mengharungi pelbagai liku dan cabaran sejak menceburi bidang ini pada usia 17 tahun.

Menceritakan pengalamannya, ibu tunggal ini memberi­tahu, beliau sangat bertuah kerana mewarisi resipi masakan arwah suaminya yang pandai memasak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memulakan perniagaan dengan menawarkan tomyam di restoran yang saya namakan Berkat Tom­yam. Saya memilih tom­yam kerana tidak ramai orang Melayu yang pandai memasaknya.

“Ketika itu gerai saya hanya ada empat meja sahaja dan dari situ saya mengembangkan perniagaan sehingga berjaya membuka restoran dengan 25 buah meja,” katanya.

Menurut Salwana, beliau juga pernah berniaga dengan menyewa gerai di Rumah Rehat Teluk Intan pada tahun 2005 dan kini berniaga di Bandar Baru Teluk Intan sejak 2015.

“Memang banyak cabaran dan dugaan dalam perniagaan yang menjadi asam garam dan pahit manis dalam kehidupan saya sebagai usahawan,” katanya.

Di restoran miliknya, selain tomyam, Salwana menyajikan pelbagai menu lain antaranya hidangan istimewa nasi Wana, nasi goreng dan kambing bakar menggunakan arang.

Menurutnya, sajian di restoran itu turut menjadi pilihan pemimpin politik serta artis-artis terkenal.

Kata beliau, perniagaannya bermula pada pukul 5 petang hingga 10 malam dan beliau turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keramaian termasuk kenduri kahwin.

“Restoran ini merupakan perniagaan keluarga. Saya ber­azam untuk memajukannya dan akan diwariskan kepada anak dengan pesanan supaya mereka tidak mudah berputus asa dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini