ARAU 21 Okt. – Pemilihan PKR Cabang Arau di sini sedikit tegang apabila Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd. Rahman ‘menyekolahkan’ penyokong daripada kem Rafizi Ramli yang didakwa cuba mengelirukan pengundi menyokong calon daripada pasukan mereka. Beliau yang juga calon Timbalan Ketua Cabang Arau, berkata, sekumpulan individu terbabit dipercayai datang dari luar negeri ini telah bertindak menampal pelekat gambar calon daripada kem mereka di kertas senarai nama calon yang diedarkan…










