KUALA LUMPUR 1O Okt. – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Ucapan tersebut dizahirkan selepas Presiden UMNO itu memberi keterangan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
“Selesai memberi keterangan kepada SPRM hari ini. Dalam perjalanan balik ke rumah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Terima kasih atas doa semua. Anak saya juga telah selesai memberi keterangan,” katanya menerusi status Twitter beliau, hari ini.
Turut dipanggil memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan di Yayasan Akal Budi ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
HABIS











