Tempoh khidmat PM 
dua penggal sahaja - Utusan Malaysia

Tempoh khidmat PM 
dua penggal sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain dalam Kabinet sebagai langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mereformasi sistem politik di negara ini.

“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

“Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,” katanya ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) 2016-2020 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN