KLANG – Tindakan seorang pengusaha premis pakaian terpakai menjual barangan jenama antarabangsa tiruan pada harga asal membawa padah apabila premis tersebut diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor semalam. Premis yang terletak di Jalan Meru, di sini itu diserbu kira-kira pukul 12 tengah hari dan pihak berkuasa telah merampas sebanyak 146 unit pakaian termasuk beg dan tali pinggang dianggarkan bernilai RM94,000. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor,…










