KUALA LUMPUR 22 Okt.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang. Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius sekiranya benar dakwaan mengenai pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di kawasan tersebut sehingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang. Ujar beliau, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang…










