PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipanggil lagi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai untuk memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Najib dipercayai tiba di ibu pejabat SPRM disini pada pukul 10 pagi melalui pintu belakang bangunan pejabat ini menaiki kenderaan Toyota Vellfire warna putih.
Najib sebelum ini pernah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.- K! ONLINE









