PETALING JAYA 11 Okt. – Gara-gara menyimpan gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya, seorang warga Myanmmar dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas FC Dailova, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dilakukan di sebuah unit kondominium di Pelangi Damansara di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 23 September lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah restoran…










