KEMAMAN – Sembilan peniaga dikenakan kompaun berjumlah RM4,650 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman kerana disyaki menjual rokok seludup menerusi serbuan Ops Runcit yang di sekitar daerah ini semalam. Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, seramai tujuh anggota penguat kuasa kesihatan menjalankan pemeriksaan membabitkan penjualan rokok pada harga runcit yang tidak mendapat kelulusan serta jualan di bawah harga ditetapkan Kementerian Kesihatan. “Operasi kali ini diperluaskan sehingga…










