Salah cedera ketika bantu Mesir - Utusan Malaysia

Salah cedera ketika bantu Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG 13 Okt. – Bintang Liverpool Mohamed Salah menjaringkan gol terus daripada sepakan sudut, sebelum terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan sewaktu Mesir me­numbangkan eSwatini 4-1 dalam kelayakan Piala Negara-negara Afrika, hari ini.

Penyerang itu memegang kakinya pada penghujung perlawanan Kumpulan J di Kaherah, sebelum kembali bermain selepas menerima rawatan, namun kemudiannya Salah dikeluarkan dan digantikan dengan pemain lain.

“Menurut doktor pasukan, diagnosis awal mendapati ia adalah akibat ketegangan otot. Ia (ligamen) tidak koyak, saya rasa ia tidak serius,” kata pembantu jurulatih Mesir, Hany Ramzy kepada BeIN Sports.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap jabatan perubatan pasukan memberitahu laman web www.Kooora.com, Salah mengalami ketegangan otot yang ringan dan mereka me­lakukan imbasan secepat yang mungkin.

“Saya meragui dia boleh bermain pada Selasa depan. Kami akan mendapatkan kepastian selepas menjalakan sesi imbasan,” katanya merujuk kepada perlawanan timbal balik menentang eSwatini di Manzini.

Selepas meledak 44 gol dalam semua pertandingan pada penampilan sulungnya di Anfield, penyerang tersebut bagaimanapun sekadar menyum­bat tiga jaringan, de­ngan hanya satu sejak Ogos.

Salah menjaringkan dua gol dan gagal menyempurnakan dua sepakan penalti semasa juara Afrika tujuh kali, Mesir mem­belasah Niger 6-0 bulan lalu, pada satu lagi aksi kelayakan.

Dengan eSwatini (sebelum ini dikenali Swaziland) berada di kedudukan lebih rendah berbanding Niger, terdapat jangkaan Salah akan kembali berbisa di Stadium Al Salam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini