PORT DICKSON 2 Okt. – Calon Bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengakui beliau tidak mempunyai wang dan jentera untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Menurut beliau, akibat kekurangan dana, tidak ada poster dan risalah kempennya dipasang sehingga hari ini dan beliau berharap orang ramai menyalurkan sumbangan. “Saya dengan rendah diri merayu bantuan rakyat Malaysia dan badan korporat. Saya mengakui memerlukan bantuan kewangan untuk melancarkan kempen sehingga…










