ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta Arab Saudi mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi di samping lokasi mayatnya dibuang. Menurut Erdogan, Turki mempunyai lebih banyak maklumat kes tersebut berbanding butiran yang dikongsi oleh Ankara. Beliau turut berkata, Riyadh perlu mendedahkan identiti ‘konco tempatan’ yang dikatakan oleh pegawai-pegawai Arab Saudi sebelum ini, bertanggungjawab membuang mayat Jamal selepas kolumnis akhbar Washington Post itu dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. “Siapa yang memberikan arahan?” kata Erdogan dalam satu ucapan kepada ahli-ahli parti pemerintah, Parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya