Anwar, Hajiji dan Abang Johari sertai Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia

Anwar, Hajiji dan Abang Johari sertai Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar akan menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini.

Anwar berkata, rombongannya itu juga akan disertai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan berkenaan Laut Sulawesi.

Katanya, ini kerana sebarang keputusan berkaitan sempadan negara perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri selain membolehkan pandangan mereka di dengar secara langsung oleh Indonesia.

“Pada 29 Julai ini kita sambung perbincangan di Jakarta dan Ketua Menteri Sabah juga dalam rombongan, kerana bila ada tajuk perbincangan mengenai sempadan, persetujuan Sabah diperlukan.

“Mesyuarat rasmi dua hala, joint commission itu mesyuarat rasmi dan mana-mana mesyuarat rasmi kalau melibatkan Singapura atau Indonesia, saya selalu, sebagai peraturannya, mengundang dan meminta Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam rombongan, dan ini akan berlaku untuk 29 hari bulan ini,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) bertanya sama ada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×