LISBON 14 Okt. – Sebanyak 15,000 rumah terputus bekalan elektrik selepas Ribut Leslie melanda Portugal awal hari ini. Ribut berkenaan dikatakan melanda pada kekuatan angin hampir 180 kilometer sejam. Lisbon serta pusat bandar di Leiria dan Coimbra yang paling terjejas teruk apabila ribut itu menyebabkan pokok tumbang, kereta dan rumah rosak selain banjir. Ribut terbabit dilaporkan turut membawa hujan lebat ke Sepanyol selepas ia melanda Portugal. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya