Rafizi mendahului Azmin pada Pemilihan PKR peringkat Terengganu - Utusan Malaysia

Rafizi mendahului Azmin pada Pemilihan PKR peringkat Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendahului penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi perebutan kerusi Timbalan Presiden pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Terengganu hari ini.

Berdasarkan laman web rasmi, www.pemilihankeadilan2018.com, Rafizi memperolehi 1,506 undi manakala Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula mendapat 1,269 undi setakat pukul 10.15 malam.

Bagi jawatan Naib Presiden PKR, empat calon yang mendapat undi tertinggi ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dengan 1,805 undi; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (1,381); Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (1,126) dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail (1,126).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kira-kira 12,000 ahli PKR negeri itu layak menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kepemimpinan baharu parti tersebut dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini