PORT DICKSON 9 Okt. – Seramai 5,631 anggota tentera darat dan pasangan terlibat dalam pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini. Daripada jumlah tersebut, 3,897 pengundi merupakan anggota tentera manakala 1,734 orang lagi merupakan pasangan sebahagian mereka. Sementara itu, dua lokasi pengundian awal bagi warga tentera darat dijalankan iaitu masing-masing di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dan Dewan Serbaguna Kem Segenting. Di Pusasda, terdapat…










