Polis Perlis bantah ketum dijadikan tanaman komersial - Utusan Malaysia

Polis Perlis bantah ketum dijadikan tanaman komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 17 Okt. – Polis negeri ini membantah cadangan untuk menjadikan pokok ketum sebagai tanaman komersial kerana bakal memberi lebih banyak keburukan berbanding manfaat.

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, sebagaimana tanaman popi yang ditanam untuk tujuan perubatan, namun pokok ganja itu telah disalahgunakan.

Katanya, sehingga kini, pokok ketum banyak ditanam di negeri ini dan mendapat permintaan tinggi dari negara jiran.

“Melainkanlah jika ada cara untuk memastikan ketum boleh dikawal dan tidak boleh disalahgunakan pihak-pihak tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media hari ini bahawa kerajaan sedia untuk mengadakan perbincangan serta pertimbangan semula terhadap cadangan penanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya sedia bertemu bagi mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Noor Mushar walau bagaimanapun menyerahkan keputusan mengenai ketum kepada pihak kerajaan untuk menentukan status penanamannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN