KANGAR 17 Okt. – Polis negeri ini membantah cadangan untuk menjadikan pokok ketum sebagai tanaman komersial kerana bakal memberi lebih banyak keburukan berbanding manfaat. Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, sebagaimana tanaman popi yang ditanam untuk tujuan perubatan, namun pokok ganja itu telah disalahgunakan. Katanya, sehingga kini, pokok ketum banyak ditanam di negeri ini dan mendapat permintaan tinggi dari negara jiran. “Melainkanlah jika ada cara untuk memastikan ketum boleh dikawal dan tidak boleh disalahgunakan pihak-pihak tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya