PUTRAJAYA 9 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus mencabar pelantikan dua bekas hakim tertinggi negara meskipun Mahkamah Persekutuan sudah memberikan kata putus untuk tidak menjawab persoalan undang-undang bagi menentukan kesahan pelantikan kedua-duanya. Perdana Menteri mencabar pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebelum mereka meletak jawatan pada 31 Julai lalu. Pada 24 September lalu, panel enam…










