PETALING JAYA: Sebanyak 552 penyertaan diterima bagi Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2026, mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan harta intelek di Malaysia. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 506 penyertaan diterima bagi anugerah utama merangkumi Organisasi Terunggul Harta Intelek, Wira Inovatif (Paten), InoReka (Reka Bentuk Perindustrian), Juara Jenama (Cap Dagangan), Nadi Kreatif (Hak Cipta) dan Permata Cilik (Pelajar sekolah). Katanya, sebanyak…










