SEREMBAN: Reman seorang pendakwah bebas disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan kes disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kepentingan peribadi. Perintah sambung reman dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 30-an bermula 27 April hingga 1 Mei ini di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Permohonan dibuat Pegawai Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahaya manakala suspek diwakili peguam…










