KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), Amran Ahmad hari ini gagal dalam tuntutannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan berhubung pemecatannya yang didakwa dibuat secara salah kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pengurusan syarikat penerbitan itu. UMMB memecat Amran pada 3 September 2009 setelah didapati membuat kenyataan-kenyataan berbaur fitnah dalam portal berita, Malaysiakini pada 24 April 2009 dan 26 Jun 2009…










