KUALA TERENGGANU 5 Okt. – Proses pengundian bagi pemilihan di semua Cabang PKR di seluruh negeri ini hari ini berlangsung dengan tenang dan terkawal yang bermula kira-kira pukul 9 pagi. Antara yang menjadi tumpuan ialah Pusat Pemilihan Kuala Terengganu di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Dewan Seri Budi) di Jalan Sultan Omar di sini yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu. Pertandingan itu melibatkan…










