Pemilihan PKR dilanjutkan sehingga 10 November - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR dilanjutkan sehingga 10 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pemilihan pucuk pimpinan baharu PKR yang sepatutnya tamat pada 28 Oktober dilanjutkan sehingga dua minggu iaitu pada 10 November.

Pemilihan di Perlis dan Perak yang dijadualkan pada 23 September dianjakkan ke 21 Oktober dan 27 Oktober.

Sementara pemilihan di Kedah diadakan pada 26 dan 27 Oktober berbanding jadual asal pada 22 September.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala pemilihan di Sarawak yang dijadualkan pada 27 dan 28 Oktober dianjakkan ke 10 November.

Pemilihan PKR bermula hujung bulan lepas iaitu pada 22 September di Pulau Pinang dan Kedah.

Namun pengundian secara e-undi menimbulkan kekeliruan dan mendapat bantahan daripada ahli sehingga menyebabkan pergaduhan.

Ia sekaligus menyebabkan pemilihan di Kedah serta beberapa negeri lain terpaksa  ditangguhkan. -UTUSAN ONLINE  

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini