ARAU – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Arau di Simpang Empat di sini berlaku dalam situasi sedikit tegang berpunca kerana kelewatan proses pengundian selain tindakan peraih undi yang menampalkan pelekat calon tertentu pada kertas pencalonan pagi tadi. Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd. Rahman berkata, tindakan itu mengelirukan pengundi itu selain tidak relevan semasa proses pengundian. “Jika ingin berkempen dengan menggunakan poster besar pun tidak mengapa tetapi jangan sampai…










