BUTTERWORTH – Sebanyak 18.5 peratus pelajar di negeri ini mengalami masalah kemurungan dengan kira-kira 9.5 peratus pelajar sekolah menengah pernah merancang membunuh diri.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, data yang diperoleh menerusi Hasil Tinjauan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2017 itu turut menunjukkan peratusan cubaan membunuh diri dalam kalangan pelajar sebanyak enam peratus.
Pulau Pinang mempunyai hampir 300,000 pelajar pelbagai peringkat sekolah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Walaupun data itu dilihat terkawal, tetapi ia sesuatu yang membimbangkan kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi emosi remaja pada masa kini mendorong kepada perlakuan jenayah,” katanya.











