PUTRAJAYA – Lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam apabila pelaksanaannya dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun 2021. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, guru, murid, pihak pentadbiran serta badan bukan kerajaan. “Bagi maksud pelaksanaannya, kementerian juga bersetuju agar pemakaian kasut berwarna hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur bermula…










