Nasib berbeza Azmin, Rafizi - Utusan Malaysia

Nasib berbeza Azmin, Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Berbaki dua negeri yang belum melaksanakan pemilihan, undi anggota PKR di Sabah dan Sarawak dilihat menjadi penentu kepada nasib calon tumpuan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd. Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Setelah 12 negeri (kecuali cabang Kuala Selangor di Selangor yang dijadualkan semula) selesai me­laksanakan pemilihan, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan memperoleh 46,759 undi berbanding Mohd. Rafizi (45,112).

Ia menyaksikan Mohd. Rafizi dipintas tipis sebanyak 1,647 undi oleh Mohamed Azmin, demikian menurut keputusan tidak rasmi yang dikira berdasarkan angka yang dipapar dalam laman sesawang https://www.pemilihankeadilan2018.com.

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak termasuk undi di Melaka dan Negeri Sembilan yang masih belum dipapar ekoran terdapat sejumlah undi yang tidak dapat dikesan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN