Mufti Wilayah sanggup 'berkuyup' bantu orang tolak kereta dalam hujan - Utusan Malaysia

Mufti Wilayah sanggup ‘berkuyup’ bantu orang tolak kereta dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Tular dalam media sosial dua hari lalu, gambar seorang lelaki berjubah putih menolak kereta dalam keadaan hujan lebat.

Setelah diselidik rupa-rupanya, lelaki itu rupa-rupanya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Berdasarkan status yang dikongsi pengguna Facebook, Mohamad Razif, gambar itu mendapat lebih 4,000 sukaan dan 1,833 perkongsian termasuk pelbagai komen yang memuji tindakan rendah diri Zulkifli.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Entah abang tu tahu atau tak.. Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan,” tulis Razif.

Memetik kata-kata Imam Al Syafie, Razif menulis lagi : Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.

Sementara itu, Shahrul Nizam Yahaya berkata Zulkifli sepatutnya dilantik menjadi mufti untuk seluruh negeri di dalam Malaysia kerana memiliki akhlak yang baik.

Norsam Sham pula berpendapat, Zulkifli layak dilabelkan sebagai ulama sejati.

“Semoga negara kita mempunyai lebih ramai ulama seperti Mufti Wilayah persekutuan itu,” katanya.

Sewaktu Utusan Online menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai yang bertugas mengesahkan tentang penularan gambar tersebut.

“Antara info yang dapat saya kongsikan, kejadian berlaku di antara pukul empat hingga lima petang di sebuah jalan di sekitar Dengkil, kelmarin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini