KUALA LUMPUR 16 Okt. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2018 kepada 4.7 peratus berbanding 5.5 peratus sebelum ini. Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, sasaran lebih rendah itu disebabkan permintaan global yang sederhana dan terlalu bergantung kepada penggunaan swasta, dengan aktiviti pelaburan yang lemah untuk memacu pertumbuhan. “Permintaan domestik terus memacu pertumbuhan dan dijangka berkembang kepada 5.5 peratus (tahun ini), lebih perlahan daripada 6.5 peratus pada tahun lepas,” katanya pada sidang media mengenai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya