KUALA LUMPUR 8 Okt. – Sebuah pusat kemanusiaan pertama ditubuhkan oleh Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia di Palu bagi menyalurkan serta menyelenggara bantuan kepada penduduk yang terjejas teruk selepas gempa bumi yang mencetuskan tsunami di pulau itu, baru-baru ini. Mercy Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, penubuhan pusat kemanusiaan itu bertujuan merencanakan sukarelawan termasuk pengamal perubatan yang akan tiba di Sulawesi pada bila-bila masa. “Kami juga difahamkan jentera berat sumbangan kerajaan…










