PALU 10 Okt. – Pengalaman mengeluarkan mayat tertimbus beramai-ramai ketika operasi menyelamat di sini selama lapan hari sudah cukup memberi gambaran betapa dahsyatnya kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa. Malah Muhammad Fiqri Wahyudi 28, yang merupakan ahli bomba dari Kalimantan menyifatkan misi yang disertainya antara paling mencabar dan meninggalkan kesan mendalam sebagai anggota penyelamat. Selain itu katanya, dia dapat melihat dan mengeluarkan pelbagai rupa bentuk mayat sepanjang misinya…










