Menyediakan makanan menggunakan dapur kayu pasti menggamit nostalgia kerana ia merupakan cara lama kehidupan masyarakat di negara ini. Namun, penggunaan dapur kayu tidak lagi dipraktikkan oleh majoriti masyarakat masa kini disebabkan oleh arus kemodenan. Dapur gas dan elektrik mengambil alih sepenuhnya peranan dapur kayu dalam urusan memasak seharian. Walaupun dihambat kemodenan, masih ada premis makanan yang setia menggunakan kaedah lama menggunakan dapur kayu. Warung berusia 40 tahun itu terletak di…










