Melangkah masuk ke dalam industri hiburan bertiketkan program realiti Lawak Solo pada 2017 ternyata membawa tuah berbeza buat pemuda bernama Fikry Ibrahim. Bakat seni dalam terbentang luas dan tidak lagi terhad pada cabang komedi semata-mata Sayap rezeki anak kelahiran Kedah itu melebar jauh hingga ke lembah lakonan dan pengacaraan biarpun baru setahun jagung menjejakkan langkah ke dunia seni tanah air. Fikry sendiri tidak pernah terfikir bahawa bakat komedi dalam dirinya…










