ALOR SETAR – Pekerja yang diberhentikan tanpa syarat pemberhentian kerja digesa melaporkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bagi membolehkan tindakan diambil terhadap majikan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini banyak kes seumpama itu berlaku dan ia dapat diselesaikan menerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia. “Saya ingat ramai tak tahu cara untuk mendapatkan hak mereka sebagai pekerja apabila diberhentikan tanpa syarat pemberhentian…










