KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah melantik 110 pemegang stok mini barang kawalan di seluruh negeri bagi memastikan bekalan musim tengkujuh mencukupi. Pengarahnya, Khalid Tik berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan kontingensi semasa bencana banjir agar pengedaran bekalan barang kawalan tidak terjejas serta mudah diperolehi pada harga berpatutan. Beliau berkata, 110 pemegang stok mini barang kawalan itu merangkumi pembungkus minyak masak;…










