ALOR SETAR – Jumlah kes keracunan makanan (KRM) yang dipercayai berpunca daripada memakan laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah minggu lalu kini meningkat kepada 80 kes selepas 19 kes baharu direkodkan sehingga kini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan. Daripada jumlah kes baharu, satu kes dilaporkan di Kedah,…










