KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan tambahan RM5 juta kepada Zoo Negara bagi menambah baik fasiliti, pengurusan dan penyelenggaraan sedia ada bagi meningkatkan tarikan pelancong. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada tahun lalu, RM5 juta telah disalurkan kepada Zoo Negara bagi meningkatkan fasiliti dan penyediaan tambahan, selaras dengan pencapaian memberangsangkan pusat tarikan pelancongan tersebut. Katanya, selain menjadi tarikan pelancongan, ia juga berperanan sebagai destinasi lawatan pelajar sekolah untuk memberikan pendedahan…










