ALOR SETAR 10 Okt. – “Saya anggap apa yang terpaksa saya hadapi selama hampir dua tahun termasuk turun naik mahkamah adalah ujian Allah S.W.T dan akhirnya kebenaran itu telah tiba pada hari ini.” Demikian luahan hati bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor, Mohd. Adnan Md. Daud, 55, setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini daripada empat pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, tiga tahun lalu.…










