KUALA TERENGGANU 20 Okt. – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun lemas di Sungai Pulau Wan Man berhampiran Taman Tamadun Islam (TTI), di sini petang ini. Mayat Muhammad Rayyan Adam Mohd. Rosnan dari Kampung Losong Pasir ditemukan oleh pasukan penyelamat pada pukul 3.15 petang, di dasar sungai kira-kira 10 meter dari lokasi mandi. Mangsa yang bersama dua rakannya mandi di sungai tersebut kira-kira pukul 2 petang, dikatakan kakinya terlekat dalam lumpur…










