Malik Choo temukan identiti lebih matang menerusi single terbaharu 'Move On'

Malik Choo temukan identiti lebih matang menerusi single terbaharu ‘Move On’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi rap tri-bahasa tempatan, Malik Choo, terus mengorak langkah sebagai antara nama yang semakin mendapat tempat dalam industri muzik tanah air menerusi pelancaran single terbaharu berjudul Move On, terbitan SVLTAN Management dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia.

Single ketiga Malik bersama SVLTAN Management ini menampilkan gabungan genre rap pop dengan sentuhan R&B moden, sekali gus mencerminkan evolusi identiti muzik Malik yang lebih matang dan jujur dari segi emosi. Move On turut menjadi simbol peralihan fasa dalam perjalanan seni Malik sebagai artis serba boleh yang kian menyerlah.

Dicipta dan diterbitkan oleh Mas Dewangga, Jova Devito dan Kidd Santhe, dengan lirik hasil tulisan Altimet, lagu ini mengangkat mesej motivasi tentang keberanian melepaskan beban masa lalu serta melangkah ke hadapan dengan keyakinan dan pemikiran positif.

Menurut Malik, Move On lahir daripada pengalaman peribadi yang dekat dengan realiti kehidupan ramai pendengar.

“Lagu ini tercipta ketika saya belajar melepaskan perkara yang tidak lagi memberi nilai dalam hidup. Ia mungkin datang daripada pengalaman peribadi, tetapi mesejnya sangat universal iaitu tentang keberanian untuk memulakan hidup dengan hati yang lebih ringan,” katanya.

Kerjasama rapat bersama Altimet selaku mentor juga menjadi faktor penting dalam pembentukan emosi dan struktur lagu Move On. Pendekatan santai tetapi terarah dalam proses kreatif membantu menghasilkan karya yang ringan didengar namun sarat dengan mesej bermakna.

Video muzik Move On yang diarahkan oleh Evan Lim pula menampilkan sisi Malik yang lebih berdisiplin dan bertenaga, dengan elemen visual moden serta koreografi dinamik hasil sentuhan pereka tari Meor Mukhris. Inspirasi persembahan K-pop diterapkan secara sederhana bagi memberi impak visual yang lebih segar dan kontemporari.

Single ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Dana Kebolehpasaran Domestik (DKK Industri Muzik 2.0), yang disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, sebagai usaha memperkasa pembangunan industri muzik tempatan.

Single Move On kini boleh distrim di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 5 Disember 2025, manakala video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube VEVO @MalikChoo pada 10 Disember 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN