JPKL 2018 tawar hadiah keseluruhan RM19,000 untuk kaki pancing - Utusan Malaysia

JPKL 2018 tawar hadiah keseluruhan RM19,000 untuk kaki pancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 peserta dijangka hadir memeriahkan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018 di Tasik Metropolitan Batu pada 14 Oktober ini.

Acara tahunan tersebut merupakan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pertandingan yang telah memasuki siri ke-8 penganjurannya itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM19,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menariknya, lebih 200 jenis ikan telah dilepaskan oleh kami ke dalam tasik tersebut seperti tilapia, patin, tioman, ketutu dan baung yang bersaiz di antara 200 gram hingga 7 kilogram.

“Selain itu, acara yang bertemakan Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera ini juga diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk menghabiskan masa hujung minggu di tasik sekitar ibu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu hari ini.

Khairul memberitahu, orang ramai yang berminat hanya perlu membayar RM35 dan boleh menyertai pertandingan tersebut bersama keluarga.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang hadiah utama bernilai RM5,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

“Pemenang keempat pula akan menerima RM300 dan tempat kelima hingga ke-10 akan menerima RM200 serta RM100 bagi pemenang tempat ke-11 hingga 100,” ujarnya.

Turut memeriahkan JPKL 2018  ialah rakan strategik bersama iaitu Oyoshi Green Tea dan Igloo-UFL.

Orang ramai yang berminat boleh mula mendaftar pada Sabtu (13 Oktober) dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan keesokan harinya kaunter akan dibuka pada pukul 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini