LONDON 11 Okt. – Bapa Khabib Nurmagomedov diminta tidak menghukum anaknya dengan terlalu keras ekoran kekecohan yang ditimbulkan selepas pertarungan lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) 229, Ahad lalu. Permintaan itu dibuat Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam pertemuan dengan Khabib dan bapanya, Abdulmanap di Ulyanovsk, semalam. Menurut Putin, beliau memahami apa yang dirasai Khabib, yang bertindak menyerang jurulatih jujitsu Conor McGregor, Dillon Danis sebaik sahaja pertarungan di Las Vegas itu berakhir.…










