Jamal Yunos diperintah selesaikan hutang RM200,000 - Utusan Malaysia

Jamal Yunos diperintah selesaikan hutang RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Sebuah syarikat kawalan keselamatan, Anirass Gaya Security Services Sdn. Bhd. hari ini menyita empat buah kereta mewah milik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Difahamkan, sitaan tersebut dilakukan selepas Pengerusi Gerakan Baju Merah berkenaan gagal melunaskan hutang sebanyak kira-kira RM200,000 kepada syarikat kawalan keselamatan terbabit.

Terdahulu, syarikat berkenaan telah mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Majistret Shah Alam menerusi surat sitaan yang diterima pada 5 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN